Saturday, October 13, 2012

Unique ke

Pernah tak korang rasa diri korang ni pelik ke unik ke? ?
 Orang kata pelik. tapi kita rasa unik?

Unik ke? 

LOL

Aku ada treasure hunt diri aku sendiri untuk cari keunikan itu. Cuba compare dengan orang, apa nye yang unik tentang diri aku. 

Unik ni boleh terbahagi kepada 2 aspek kot. Bagi aku lah

UNIK FIZIKAL DAN UNIK PERSONALITI

eh eh betul ke teori aku ni?

Ok ignore

Sometime, kita tengok seseorang tu macam tak suka pakai selipar. Jalan pun kaki ayam. So korang akan describe dia tu PELIK atau unik?
wakakka

bagi aku,
dia kurang magnesium

Aku pun mencari cari keunikan aku.. Aku tak cari.. tapi ada seorang hamba Allah ini telah mendescribedkan tentang keunikan appearance aku.. 

One day, aku pergi ke rumah kak limah(bukan nama sebenar) , dia supposed mengurut kaki aku,(masa tu kaki aku terpeliok) , dia pun urut kaki, then sampai jari jemari aku.. then, dia ckp 'comelnya jari awok' , aku: bakpo? dia: sebab kecik2 panjang, maksud dia, kuku aku yang kecik, jari panjang. aku:oooh,, hhaha..senyum sahaja dia:jari macam ni, biasanya orang kreatif. aku; ??? kreatif.. YA kreatif dan inovatif sangat dalam menconteng buku.  
Tulah kot keunikan fizikal aku.. AHAHHA.. (statement mintak penampar.)

Aku suka BAU minyak yuyee, bau kedai roti, bau minyak petrol, bau nasi hangit dan bau kucing.. 

Ini uniklah 
........ :P




Friday, October 12, 2012

Due of stress

   AAaaaaaa exam semakin menghampiri, akan tetapi diriku masih lagi macam err, macam orang yang tak sedar diri. hmpph! Tahu exam dah dekat , tahu, ala nanti-nanti lah buat revision, nanti-nanti lah study . Ini dikatakan orang yang lupa daratan :\ k Fain , saya nak start dah ni. tetttt.. tak sampai 5 minit , 'kroohhhhh',, ''' . Pernah ke orang lain macam ni? Aku rasa macam aku je yang menghadapi kejadian abnormal ini . Tengok kawan2 lain, struggle, study gila-gila-gila .

Aku .....

Ok, dah bukak buku ni

Obviously, aku suka SANGAT study last menet . Benci. Sebab awal-awal, kesedaran tu tak ada. 

Kadang-kadang memang benci diri sendiri

Tapi aku cuba untuk tenangkan fikiran, lapangkan hati. 

Dekatkan diri kepada Allah S.W.T adalah jalan terbaik.

Semakin berganjak usia aku, 
semakin banyak cabaran aku hadapi

UPSR
PMR
SPM
MATRIK?

...
...

...
.
.
.
.

Allah, sepanjang aku di matrikulasi lah, banyak dugaan yang aku terima

masa kat matrik ni jugaklah aku malas belajar

kenapa?

ALLAH KNOWS BETTER

dan kita sebagai muslim, jangan lupa untuk berdoa kepadaNYA, agar ditetapkan iman, dan dpermudahkan urusan, , Allah sentiasa membantu


Monday, October 8, 2012

Fat & Slim

   Al-kisahnya nak ceghite lah sikit macamana daripada 50KG turned to 66 Kg? ommai, it is so suprising me.. Yelah, tak pelik and tak sedih ke bila semua orang di sekeliling hang dok cakap hang gemuk. Huaaa.. Ini semua terjadi selepasnya 'kemerdekaan' sementara iaitu selepas SPM. Aku dok rumah bina badan sahaaaja. kawan2 aku rata2 nya kerja. aku jelah terperuk kat rumah mengahadap Televizion . Aku habis cara dah kot nak slim balik. aececeehh. dulu masa skolah aku aktif skit, sekarang dah duk matrik cuba untuk bergiat aktif sebab nak dpatkan 50kg semula. Semua baju aku dulu boleh diberi kepada orang yang kurus.

  Mungkin ini adalah impak aku suka makan CHEESE CAKE macam tak hengat.

  Mungkin juga aku kurang senaman dan selalu melantak

  Mungkin juga aku selalu dok cakap 'NAK GEMUK'

haa amikau ,dah obesiti pon. warghhhhhhh :'':

Sekarang catuan nasi pon telah diseparuhkan.

Makan dua kali sehari

Berjalan, jangan naik lif

Berbasikal ( tak boleh) sebab dilarang keras oleh cikgu bio saya :p



seriously ,kalau tengok gmbar2 yang kurus dlu2, rasa nak menangis.. aarghh... 

sekarang (scroll kebawah) GEMUK kan.. muka jadi bulat.lalala..


uarrrrgghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.. nak kurus balekkkkkkkkkkkkk! T..T (emoing)

with abah. and saya semasa ini gemuk :P

well, i will loose my weight , kay see sahajalah... yeah KURUS KURUS KURUS.. ahahaa


Super Girls!

   Miaheehehe. title macam asdghjkl skit. ya err.. hmpph.. Ni kira panggilan untuk budak2 kelas aku becos kelas saya semuanya PEREMPUAN cheq. 14 gadis2 shomel (termasuk saya) ahak , adalah gadis yang tegar.acecech,,(ayat takleh blah) . Only kedah-ian and kelantanese girls otay. so, percampuran bahasa sudah menjadi ABC. 4 gadis dari kelantan ini kira menjadi tenaga pengajar bahasa kelantan secara tidak resmi nye . Yea, aku suka bila orang tanya bahasa kelate ambo nih.  Eh even saya anak kelahiran selangor, tapi ayah saya orang kelantan. saya agak bangga sikit disitu. Miahaaha, \o/ .

 Wlaupun aku ni adalah pendatang baru 3bulan dalam kelas K4S3T1A ni, tapi kira ngam lah ngan diorang, .even memula aku macam pendiam skit..gagagaga. kini Kira mcam rapat seperti  sepit ketam . Mungkin nanti aku rindu lah kelas ni. First time aku rasa macam dok dalam convent. yeahh. suka sangat bila ALL GIRLS. mioww.



Ya, 14 gadis ini mempunya tekad dan azam untuk menggapai bintang.(agak hiperbola) , tekad untuk mencapai impian. 4FLAT for pspm. Well, tiada yang mustahil.

Walau aku kena marah teruk dengan SIR MASKed spRider , tapi diorang selalu bagi semangat untuk aku, back up aku. Sir maki aku ke, diorang tetap pujuk aku . Aku terharu . uhauhauah.

Thanks for being my awesome friends in matriced. Once we friend, forever we friend! 

Jannah, Wani, Lina, Eifa, Mira, Dalila, Bella, Syiqin, Ito, Diana, Linda, Baya, Thirah, we friend till jannah! Insyaallah! Keep Aiming High! Keep on moving! :D 


With love,
habibah



Maaf entry ni mcm asdghjkl. saya ketandusan idea 

The Tears Are Falling


My heart feels such pain,
tell me how to stop my tears.
What can I do to ease the pain?

Why, has life always been so hard,
showering me with such heavy burdens?

The tears keep falling
as I lay down to sleep.
My eyes wide open,
flashes of my past,
Of things I lost in my life.

As the tears fall, memories
floating around in my mind,
going back in time.
Remembering all the good times
When I had it all.

The tears are falling like a summer rain,
wishing I could turn back time.
Never thinking one day, there would
be no you here beside me.

With tears falling down my face,
Knowing there is nothing left
but my memories of times past,
When you were there beside me
Keeping me safe.
Making all the problems seem small
As you are standing so tall.

No tears of sorrow,
only Love, hope and happiness,
Never thinking of tomorrow.

Now as my tears are falling
there is no one here to wipe them away.
Just my hands of loneliness
Praying, what to do.

I stare at nothing,trying to decide
where do I go from here,
Which way do I turn?

The tears are falling, remembering
all the things I took for granted,
now that all is lost and gone.

As I wipe the tears falling down my face
I look up to the sky and pray.
"Please God, help to show me the way.
Lead me down the right path,
give me the strength to carry on.
It's so lonely here by myself
with so many things to do.
I need you to give me the faith
to see me through."

The tears have stopped falling.
With God's help I'll figure out
what I need to do.
It may not be the best,
But it's the best that I can do,
Living my life by myself
, without you.

Thursday, August 9, 2012

Same lame

   U no what i mean by SAME? LAME?
   .
   .
   .
   .
   .
   .
   ............

Lets direct . Girls will fall in love with him, not she, her or BLALALAL
He will also fall in love with she,her,minah and whatsoever unless he is GAYooss . . U dont understand? mine too . Omaii . 

I dont understand why why why why the GAYuss and LESBIAaan can be lesbi and gay . I cant and will not understand why they can have a feeling with the same gender. Aku nak peluk kawan aku pon cam, 'euwww' ,, Tapi kalau terharu,peluk sahabat lain lah kan kan,

One day aku ada ternampak sepasang gay ni dok mencarut dalam fb diorang, , ayat,pergh! jiwang siot.! meluat nak termuntah hijau aku baca ayat romance yang macam asdfghjkl. Eh tolonglahh. please get your life.  

Sekarang ada pulak kelab gay dalam malaysia, ada  pulak yang nak iktiraf hubungan homoseksual yg laknatullah ni. Please ministry, please get rid off the club, or kill them, or whatever i  dont care. Aku tengok kerajaan macam tak peduli ja. Dah aku tak tahu apa nak jadi dengan malaysia, .Nak bumi ni terbalik dulu ke?  .

Seriously aku sedih tengok gadis cantik bertudung lagi,tapi boyfriend dia pengkid. Siap upload lagi gambar kiss dengan 'boipren' dia. 

Ya Allah, semoga Engkau buka pintu hati mereka. Dan selamatkanlah Malaysia. 

Tuesday, August 7, 2012

She left So Soon

Every time I close my eyes I see you in front of me
I still can hear your voice calling out my name
And I remember all the stories you told me
I miss the time you were around
But I’m so grateful for every moment I spent with you
‘Cause I know life won’t last forever

You went so soon, so soon
You left so soon, so soon
I have to move on ’cause I know it’s been too long
I’ve got to stop the tears, keep my faith and be strong
I’ll try to take it all, even though it’s so hard
I see you in my dreams but when I wake up you are gone
Gone so soon

Night and day, I still feel you are close to me
And I remember you in every prayer that I make
Every single day may you be shaded by His mercy
But life is not the same, and it will never be the same
But I’m so thankful for every memory I shared with you
‘Cause I know this life is not forever

There were days when I had no strength to go on
I felt so weak and I just couldn’t help asking: “Why?”
But I got through all the pain when I truly accepted
That to God we all belong, and to Him we’ll return, ooh

cr: maher zain so soon

Ma . Wait me,we meet in Jannah .

   Semua orang ada mak,Mama,ibu,mummy,ma.  Saya pon ada mak. Tapi saya panggil Ma.

Aku sangat rapat dengan mak aku..kami sahabat, ibu dan anak dan juga seperti kembar.. Mak selalu bela aku, memenuhi apa yang aku impikan, mendidik aku,mengajar aku membaca al-quran. Selalu risaukan kesihatan aku. Kadang2 aku rasa mak aku lebih sayangkan aku daripada adik aku. Aku memang anak mak..Ya Allah,aku tak tahu nak ungkapkan macamana besarnya cinta aku pada mak aku .

Aku tak pernah berpisah dengan mak aku kecuali masa form5 dan sekarang. Terpaksa jugak berpisah sebab nak menuntut ilmu.. Menuntut ilmu kan perlukan pengorbanan.

. Masa tu saya excited sangat sebab dapat tawaran matrik. Masa saya nak berangkat ke kedah(tempat belajar saya) , mak aku sihat, gembira sebab tengok anak dia nak pergi belajar untuk kejar cita2. Masa nak turun dari rumah, aku peluk dia, cium dia. dan begitu juga mak aku. Aku menangis, sedih sebab nak berpisah dengan mak. Padahal kat rumah aku asyik lawan cakap dia je..

Seminggu aku berada di KMK(kolej matrkulasi kedah) , abah aku telefon . 'Bibah, ma CCU ni,', dah 2 hari''. Masa tu aku terkejut, dan mulai resah.. Esokkan hari jugak aku pergi beli tiket untuk balik kelantan.. Masa tu toksah cakap lah fikiran aku tak tenang, dalam fikiran aku ada macam2, 'sapa jaga ma,' 'macam mana plak bleh msuk ccu plak ni.' dan macam2 lagi..sebelum ni mak aku dah masuk ICU.. masa tu 2minggu mak aku koma. Aku masa tu macam orang putus asa. Sedih. Tak sanggup tengok mak aku dengan wayar berselirat, bengkak sana sini.. seminggu kemudian..alhamdulillah mak aku sedar.. lepas tu pindah wad biasa.hampir sebulan jugak aku berkampung kat hospital jaga mak.

Sampai je aku kat kelantan, terus aku ke hospital. Masa tu ma aku tengah tidur. Menangis aku tengok muka mak aku yng pucat dan keletihan.. Macam-macam yang abah aku cerita kat aku semasa ketiadaan aku. mak aku macam kena rasuk, tunjuk2 kat dinding , dan macam2 lagi perkara pelik. Since mak aku pakai wayar pernafasan kat kerongkong dia, so dia tk boleh nak bercakap.. just tulis je.. tu pun adik, abah aku and orang lain tak faham. tapi aku, alhamdulillah , aku faham apa yang mak aku tulis..mungkin chemistry yang kitorang ada... sebab tu Dia macam gembira aku bila aku balik..

2hari lepas tu mak aku dah baik. boleh bercakap, dah boleh sembahyang. alhamdulillah sangat2 masa tu..mak aku selalu mintak aku temankan dia walaupun dalam CCU. Dia suruh aku cerita apa2 je kat dia, aku pon ceritalah life aku kat matrik,dan semua benda yang aku rasa lucu. dia ketawa,aku pun ketawa senang..senang melihat ibu tercinta gembira.

Dah seminggu aku balik kelantan,so kenalah pulang kedah balik . Pagi sebelum aku berangkat ke kedah,, mak aku pesan kat aku, pagi2 sebelum bangkit dari tidur, jangan lekas bangun..tarik nafas dan buat regangan  dulu sikit.baru tubuh rasa segar.  sebenarnya ,itu adalah terapi mak aku yang dokor suruh mak aku buat pagi2. dia kata dia semakin sihat selepas buat terapi tu.
Lepas tu,kami berpelukan, dia kata 'sayang ma jaga kesihatan baik2,makan jangan bnyak sangat.hehe..since aku ni makin gemuk dan semput..ahaha..''aku pon peluk and cium ma aku,begitu jugak mak aku.. Aku pun berangkat dengan tenang dan gembira..

Walaupun berjauhan, aku tak pernah lupa untuk menelefon mak aku,, tapi always mak aku yang call aku, pagi2 sebelum gi kelas, mcm2 dia pesan kat aku, sebelum turun ke kelas baca 'Bismillahitawakaltualallah' .dan aku selalu ingat pesan dia. . kami selalu berhubung dan aku pun dah tak malu nak ucapkan 'MA ,BIBAH SAYANG MA. I love you, muah muah' .part muah muah memang aku gelak.. mak aku pon membalasnya ..bahagianya saat itu..

Lepas tu, mak aku jarang telefon aku dah. Aku pelik, bila aku call dia ,dia tak angkat(masa tu mak pindah ke wad biasa dah) . punyalah susah masa tu aku nak bercakap dengan mak. hinggalah tanggal 6/7/2012 ,jam 6 petang, aku dapat jugak bercakap ngan mak aku.. suara dia lemah sangat masa tu, hati aku memang tak sedap sangat2.. oh ya, sebelum tu, nenek aku suruh aku balik jaga mak (since aku anak sulung) ,adik aku sekolah. abah aku pon tak sihat,.so nenek aku yang jaga mak aku..aku mcam berat hati nak tnggal kelas..sebab aku dah bnyak ketinggalan.. mak aku pon ckp 'bibah tk yah baliklah,bia adik atau tokma je jaga ma' .aku rasa serba salah.. aku nak balik sebenarnya tapi .. . .

6/7 10malam tu, nenek aku telefon aku, 'ma bibah tenat ni, kalau bleh baliklah esok'' .aku tersentak.menangis, nak meraung pon ada. Patutlah suara mak aku petang tu lemah.. tak bermaya..macam malas nak ckap ngn aku..tapi aku tetap tnya khabar dia, dia cakap dia sihat, and dia cakap dia dah bosan dok kat hspital. aku pon bergurau dengan dia , 'ma kena puasa kat hospital lah tahun ni', mak aku pon gelak.. dia pon cakap 'hmm,raya pon kat hospital jgak. ' ... tak smpai sminit pon ckp, mak aku ckp dia letih. aku pon ckp 'ok ma,jaga diri jaga kesihatan,,bibah rindu ma..i love u muahh''..  ''i love you too'' ma aku membalasya dan terus mematikan telefon..

seriously aku ckp, memang haritu aku tk sedap hati..semua benda aku buat tak kena..mungkin petanda ..

7/7/2012 .jam 2pagi abah aku telefon . 'abah nak balik kebumi ma kat besut' .aku macam blurr. dengan suara terketar ketar 'abahh,kenapa ni' .. abah aku balas ' ma dah tak ada dah, '  aku...telefon yang ku pegang erat tadi berderai menyembah bumi.. perasaanku hancur,sedih,aku meraung ,menangis sekuat hati..masa tu kawan sebilik aku, amalina dan ezzati turut menangis bersama sama aku..amalina memeluk erat aku yang longlai.  ..terkilan sebab aku tiada disisi arwah saat2 akhir arwah..andainya aku balik masa nenek aku suruh aku jaga mak aku...aku tak kan menyesal sebegini..

Inalillah wainnailahirojiun..

akhirnya mak aku pergi jua.,tiada lagi penderitaan yang perlu dihadapi olehnya.. tenang dia menghadap sang pencipta.. Aku redha.. Walaupun hatiku hancur berderai..aku hilang tempat mengadu ,hilang tempat untuk mencurah kesedihan, hilang..seperti separuh jiwaku hilang... kehilangan ibu yang tersayang..merupakan tamparan hebat dalam hidup aku..Tiada lagi kasih sayang ibuku yang menghujani diriku,tiada lagi doa ibuku yang sering mengiringi setiap langkah aku..pengorbanan ibu aku selama ni,tak mungkin dapat aku balas..dalam keadaan sakit,masih lagi bekerja untuk mencari sesuap nasi..aku rindu mak aku,rindu kasih sayang ibuku..rindukan seorang yang penyayang..tak mungkin orang lain bleh menggantikan ibuku..

 semoga ibuku ditempatkan dikalangan orang yang beriman .



Tips 10 malam terakhir Ramadhan

copy from Iloveislam 


Bulan Ramadhan sudah hampir tiba ke penghujungnya. Wahai muslimin dan muslimat sekalian, rebutlah pahala di sepuluh malam yang terakhir ini sesungguhnya di sepuluh malam yang terakhir ini.
Pernah di malam itu al-Quran diturunkan dari Luh Mahfuz ke langit dunia, Baitul Izzah. Mukmin sejati semakin menggiatkan ibadah mereka khususnya di seluruh 10 malam terakhirnya, yakin pahala di salah satu dari malam-malam tersebut digandakan pahalanya sebanyak ibadah yang sama dikerjakan selama 1000 bulan!
Itulah malam Lailatul Qadar. Pada 10 malam tersebut, demi berebut untuk mendapatkannya, Rasulullah S.A.W mengasingkan dirinya dari isteri-isterinya, beriktikaf di dalam Masjid Nabawi, beribadah dan bermunajat kepada Allah S.W.T sambil diikuti oleh para Sahabat R.A.
Diantara ibadah-ibadah yang boleh dilakukan ialah qiamulail, puasa fardhu, berbuka, solat Tarawih, tilawah al-Quran, berdoa, zikir, istighfar, memuhasabah diri, merancang untuk amalan diri dan sebagainya.
Tips
Beberapa tips dalam merebut pahala dan kelebihan malam Lailatul Qadar :
1. Bersedia untuk merebutnya dari sekarang terutama disegi keyakinan, kesungguhan merebut peluang tahunan ini dan merancang kalender harian agar mengosongkan 10 malam-malam terakhir tersebut untuk tujuan itu semata-mata; tidak untuk kesibukan lain.
2. Memahami bahawa dimana jawatan, kedudukan dan kesibukan kita di dunia ini, tujuan utama manusia dijadikan ialah untuk beribadah kepada Allah S.W.T dengan penuh keikhlasan, bersedia untuk hari (Akhirat) yang tiada gunanya lagi harta dan anak-anak, melainkan orang yang bertemu Allah dengan hati yang sejahtera.
3. Putuskan dari sekarang masjid mana yang akan kita gunakan untuk iktikaf, siang dan malam, samada sebahagian atau 24 jam sehari. Pastikan AJK masjid tersebut memahami ibadah iktikaf dan qiyamullail 10 malam terakhir agar tidak berlaku masalah pengurusan dengan mereka yang tidak memahaminya.
4. Dapatkan teman agar sama-sama dapat melakukan ibadah tersebut secara berjemaah.
5. Jika anda bekerja di bawah majikan, kenalpasti hari-hari yang akan dimohon cuti agar dapat lebih hari untuk beriktikaf di masjid. Jika anda tidak dapat mengambil cuti kerja, anda boleh cuba berktikaf di masjid sepenuhnya dalam cuti hujung minggu pada hari Sabtu dan Ahad.
6. Jika anda seorang pelajar, cuba habiskan kerja-kerja rumah atau assignments dari sekarang agar tidak tertimbun pada 10 malam terakhir Ramadan. Beli tiket balik kampung lebih awal agar tidak disibukkan mencari tiket nanti.
7. Bersedia untuk Aidil Fitri lebih awal agar kita tidak disibukkan nanti dengan membeli belah, memasang langsir, membuat kuih-muih, menyiap atau menjahit pakaian Raya dan sebagainya seperti yang sering berlaku pada ramai orang yang kurang memahami dan menghayati kelebihan 10 malam terakhir Ramadan.
8. Memahami bahawa asas perubahan ke arah kebaikan pada seseorang bahkan pada sesebuah umat ialah pembaikan jiwa yang ada di dalam diri masing-masing. Madrasah 10 Malam Terakhir Ramadan yang bakal dilalui boleh turut membantu mencapai ke arah perubahan tersebut.
Semoga Allah mengurniakan ketaqwaan kepada kita setelah menjalani ibadah di bulan Ramadan ini. Kita keluar darinya nanti dengan beroleh rahmah, keampunan dan selamat dari api neraka. Amin.

Friday, June 15, 2012

Berkualitikah Istighfar kita?

Share
Oleh Amal Islami
KALIMAH “Astaghfirullahal’azhim” sebenarnya tidak ternilai harganya kepada setiap kita, lebih-lebih lagi yang dosanya menggunung. Tapi, lumrah manusia yang cetek iman, istighfar mereka ada naik turunnya. Berfaedahkah ungkapan istighfar kita andai kita masih mengulangi (tetap) melakukan dosa, tak kira dosa kecil atau dosa besar? Bolehkah istighfar seperti itu?
Mari kita lihat.
PENDAPAT ULAMA’ SULUK
Ulama’ suluk (tasawwuf) berbeza pendapat dalam permasalahan ini. Eloklah kita sama-sama fahami pandangan mereka itu, sekaligus dapat membaca di takat manakah pencapaian rohaniah kita tika ini.
1) Pendapat golongan pertama
Istighfar itu memberi manfaat secara mutlak sekalipun langsung tidak ada keazaman dan taubat.
2) Pendapat golongan kedua
Istighfar itu langsung tiada faedahnya sekalipun disertakan dengan taubat.
3) Pendapat golongan ketiga
Mereka mengambil sikap akan memperincikan persoalan ini. Kata mereka: Istighfar yang diungkapkan oleh lisan akan memberi faedah dan manfaat kepada orang yang beristighfar jika…
  • disertakan dengan rintihan yang hangat.
  • disertakan permintaan yang tulus.
  • disertakan sikap merendah diri.
  • disertakan perasaan yang sangat mengharapkan keampunan pada masa hadapan.
  • memohon kepada Allah selayak seorang fakir kepada Tuannya yang Kaya.
  • berasakan diri sebagai makhluk yang lemah kepada Penciptanya yang Maha Gagah.
  • berasakan diri amat kerdil di hadapan Tuhannya yang Maha Besar.
Insya Allah, andai perasaan-perasaan tersebut tercetus dan berlaku dalam istighfar seseorang, maka tidak wajarlah istighfarnya itu disia-siakan.
ISTIGHFAR YANG AFDAL
Banyak sekali ayat al-Quran dan al-hadis menyatakan hujah-hujah yang tuntas dalam menjelaskan permasalahan ini.
Hujjatul Islam, Imam al-Ghazali sendiri berpendapat: “Istighfar dengan lidah juga dikira sebagai kebaikan sekalipun lidah tersebut menuturkannya tanpa sedar. Ia adalah lebih baik daripada percakapan lidah tentang keaiban orang ataupun terlebih cakap.”
Apabila cakap sudah terlebih, maka terlebihlah jadinya. Yelah, berapa banyak masa kita yang terbuang begitu saja dengan kata-kata yang sia-sia apalagi kata-kata yang berbaur umpatan terhadap seseorang? Hairannya, kita tak pernah rasa risau tentang itu, walaupun tahu mati itu datangnya tiba-tiba. Sayyidina Umar r.a. berkata, “Sesiapa banyak cakapnya, maka banyaklah salahnya. Sesiapa yang banyak salahnya, maka sedikitlah sifat malunya. Sesiapa yang sedikit sifat malunya, maka sedikitlah sifat waraknya dan sesiapa yang sedikit sifat waraknya, maka telah matilah hatinya.”
Maka, kelebihan istighfar ini nyata nampak jika dibandingkan dengan duduk diam semata-mata. Namun, jika dibandingkan pula dengan istighfar yang disertai dengan gerak hati, maka kuranglah nilainya kerana istighfar dengan gerak hatilah yang lebih afdhal.
As Syeikh Abu Usman Al-Maghribi rahimahullah nyata sependapat dengan Imam al-Ghazali tatkala beliau menjawab satu pertanyaan yang diajukan kepadanya. “Lidahku bergerak dengan zikrullah dan membaca ayat-ayat suci al-Quran sedangkan hatiku lalai, maka bagaimana?”
Bersyukurlah kamu kepada Allah kerana telah menyalurkan anggota-anggota kamu kepada kebaikan, membiasakannya dengan berzikir dan tidak menyalurkannya kepada kejahatan serta membiasakannya dengan percakapan yang berlebihan.”
JANJI ALLAH SWT
Apa yang kita yakinkan ialah betapa Allah swt sekali-kali tidak akan mensia-siakan sesuatu amalan baik yang dilakukan hamba-Nya kerana itu janji Yang Esa. Firman Allah: “Sesungguhnya Kami tidak akan mensia-siakan pahala orang-orng yang mengerjakan amalan(nya) dengan baik.” (Al-Kahfi: 30)
Firman Allah lagi: “Sesiapa yang melakukan seberat biji sawi kebaikan, nescaya dia akan melihatnya (pada hari akhirat).” (Az-Zalzalah: 7)
Berikutnya di dalam surah An-Nisa ayat 40, Allah Ta’ala berfirman: “Sesungguhnya Allah tidak menganiayai seseorang walaupun sebesar zarah. Dan jika ada kebaikan sebesar zarah, nescaya Allah akan melipatgandakannya dan memberikan dari sisinya pahala yang besar.”
Maka, istighfar yang telah kita bincangkan ini ialah suatu amalan dan bukankah amalan itu dikira kebaikan?
Manakala hadis yang diriwayat oleh Ibn Abid Dunya dan Al-Baihaqi di dalam kitab Syua’abul Iman dari Ibni Abbas r.a. secara maksudnya: “Orang yang memohon keampunan dari dosa (sedangkan dia tetap melakukannya), dia adalah umpama seorang yang mempermainkan Tuhannya.” Hadis ini berkedudukan daif. Sanad hadis ini sebenarnya tidak sampai kepada Rasulullah s.a.w. secara marfu’ sebaliknya hanya sampai kepada Ibnu Abbas r.a. secara mauquf (hadis yang disandarkan pada Sahabat). Jadi, ia bukanlah sebenarnya hadis Nabawi seperti yang disangkakan oleh umum.
Demikian juga kata-kata waliyullah, Rabii’atul Adawiyyah: “Istighfar kita memerlukan kepada istighfar yang banyak.” Pun begitu, janganlah kita menyangkakan yang beliau langsung tidak bersetuju dengan gerakan lidah kerana berzikrullah. Kata-kata beliau itu sebenarnya ditujukan kepada orang-orang yang lalai hatinya di kala beristighfar. Jadi mereka memerlukan istighfar terhadap kelalaian hati mereka, bukannya terhadap gerakan lidah mereka. Walhal, orang yang berdiam diri tanpa menuturkan sebarang istighfar juga sangat memerlukan kepada dua kali istighfar, bukannya sekali
Justeru, permulaan istighfar seseorang hamba sekalipun dengan semata-mata gerakan lidah, janganlah dipandang kecil dan sia-sia. Imam Jaafar bin Sadiq pernah berkata: “Allah menyembunyikan tiga perkara dalam tiga perkara -
  1. Allah menyembunyikan keredhaan-Nya di dalam ketaatan kepada-Nya, maka janganlah kamu menghinanya, maka boleh jadi keredhaan-Nya terdapat di dalamnya.
  2. Allah menyembunyikan kemurkaan-Nya di dalam penderhakaan terhadap-Nya. Maka, janganlah kamu memandang ringan terhadapnya. Boleh jadi kemurkaan terdapat padanya.
  3. Allah menyembunyikan wali-wali-Nya di kalangan hamba-hamba-Nya. Maka janganlah kamu menghina seorang pun dari kalangan hamba-hamba Allah. Boleh jadi wali Allah terdapat di kalangan mereka.”
Pun begitu, kita hendaklah berusaha memburu istighfar yang paling tinggi nilai kualitinya di sisi Allah!
Wallahu a’alam.





Tuesday, June 5, 2012

Hello KMK! Hello Kedah!

   FUuuuuuuuuuuuuuuuuhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!! tu ja aku boleh luahkan tatkala kehidupan 'busy' telah kembali menjengah diri ini . kalau dulu masa SPM , kelas stayback smpai kul 3 pun dah nak muntah hijau . Apatah lagi kehidupan sekarang ini, bergelar pelajar KMK.   . Arghh!! And lastly, here I AM, at KEDAH MATRICULATION COLLEGE. muhahahaha. .. ni semua sebab nak kejar MEDIC konon. har har har. Belajar pon tunggang langgang. :P

First day till the end of orientation days .


Mula2 cam gelabah, gembira,excited bagailah, konon tak sabar nak jadi pelajar matrik. seriously aku paling suka masa orientasi, tapi aku paling benci benci benci time kena berkejar kejar nakgi padang ke, masjid ke. Letih tau tak, habis kejang urat. Time tu jugak aku rasa mcm nak jadi lembu jantan. Haihh.. panas panas

Then, aku macam kejutan bahasa kot,bukan budaya kay, .kejutan bahasa means, mostly students here were from kedah. and sampai aku pon terpeliok nak cakap loghat kedah jugak.but Yeah, i'm still anak jati negeri che siti  wan kemban okay.

Kulian pun dah bermula, even penat. best jugak .
Macam sejarah yang lepas2, aku memang teramat lemah matematik, entah kenapa otak aku ni susah sangat nak terima . Kalau kimia and biologi okay lagi, in case kena membaca and hafal je. Tapi MATH? memang tak laaaaaa.. X( i hate this fact!


to be continued . . . . .. . . .. .  lalalala :D

Jalan pulang ke pangkuan Allah terlalu luas



  Antara keistimewaan Islam yg agung ini adalah jalan pulang ke pangkuan agama ini amat luas

terbuka dan tidak membebankan.peluang seorang insan kembaali ke pangkuan keampunan dan

keredhaan Allah tidak pernah disekat oleh sebarang waktu,latar diri,keturunan atau harta.sesiapa

yang ingin pulang ke pangkuan Allah tidak pernah dihalang oleh agama ini disebabkn jenis dosanya

atau keturunannya,usianya yang lanjut atau apa shj..seseorang yg ingin kmbali kpd Allah diterima

oleh kerahmatannya dgn syarat insan tersebut menyesali kesilapannya,,benar2 memohon

keampunan dan berazam tidak akn mengulangi kesalahan lalu..jika kesalahn itu sesama insan lain,dia

memohon maaf drpd yg dizalimi..jika tdk mampu,,bmbang mudarat yg lbh bsar jika permohonan maaf

dibuat,serahkan shj urusannya itu kpd Allah dan Allah maha mengetahui kemampuan

hamba2Nya..firman allah dlm surah al-imran 135-136:"Dan mereka yang apabila mlakukan perbuatan

keji atau menganiaya diri sendiri,,mereka ingat kpd Allah lalu memohon ampun dosa2

mereka..sememangnya tidak ada yg mengampunkan dosa2 melainkan Allah..Dan mereka jga tidak

meneruskan (perbuatan buruk) yang telah mereka lakukan itu,sedang mereka mengetahu (akan

salahnya dan akibatnya)..Orang2 yg demikian sifatnya,,balasannya adalah keampunan dri TUHAN

mereka dan syurga2 yg mengalir di bawahnya beberapa sungai,mereka kekal di dalamnya;dan yg

demikian itulah sebaik-baik balasan bagi org2 yg beramal".

    Keampunan dan rahmat allah bukan dijual di jalanan.ia sgt berkaitan dgn keluhuran jiwa yg ikhlas

ingin kmbali kpada ALLAH Yang Maha Pengampun...kita juga dilarang kecewa dgn hidup yg disebabkn

oleh dosa yang lalu..sebaliknya,kita disuruh agar sentiasa memohon keampunan drpd Allah dn jgn

kecewa dgn rahmatNya..firman allah dlm surah al-Zumar ayt 53:"katakanlah:wahai hamba2Ku yg tlh

melampaui batas terhdap diri mereka sendiri(dgn perbuatan maksiat),jgnlah kamu berputus asa dri

rahmat Allah krn sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa;sesungguhnya Dia-lah jua yg maha

pengampun,lagi maha mengasihani."

     Sekalipun kadangkala ada dosa yg tdk dimaafkn oleh perasaan insan lain,namun Allah tidak prnh

menutup pintuNya selagi insan yg berdosa itu insaf,benar2 kmbali kpdNyaIslam is a way of life..pintu

utk mndekati Allah tdk prnh hanya dikhususkan utk org tertentu semata..bahkan sesiapa shaja yg

menerima Islam dan berusaha mndekatkn diri dgn jalan Rasulullah,maka dia akn smpai ke dlm

rahmat Allah.. :)


I'M SORRY


I’m sorry I don’t have the most perfect skin.
I’m sorry I don’t look like a Victoria Secrets model
I’m sorry I don’t have the best style.
I’m sorry I’m not perfectly skinny- 5’7 nor 100 pounds.
I’m sorry I have stretch marks here and there. 
I’m sorry I have bad hijab days. 
I’m sorry that I’m plain.
I’m sorry my eyebrows aren’t thin and perfectly trimmed.
I’m sorry my face isn’t caked in make-up.
I’m sorry that I can never meet society’s standards.
I'm sorry that I'm darks
But you know what? 
I don’t need to care about society’s criteria. 
I don’t need people to tell me I’m beautiful.
I don’t need compliments to make me feel better. 
I don’t need a superficial love that can’t withstand a stretch mark here or chub there.
I don’t need to keep sinking into a never ending pit of low self-esteem.
Because I looked to Allah, and He told me the perfect recipe to be Beautiful.
Not just temporarily, but forever. 
“And the servants of the Most Merciful are those who walk upon the earth easily, and when the ignorant address them [harshly], they say [words of] peace,…” [25:63]
“And [they are] those who, when they spend, do so not excessively or sparingly but are ever, between that, [justly] moderate.” [25:67]
“And he who repents and does righteousness does indeed turn to Allah with [accepted] repentance. And [they are] those who do not testify to falsehood, and when they pass near ill speech, they pass by with dignity. And those who, when reminded of the verses of their Lord, do not fall upon them deaf and blind. And those who say, “Our Lord, grant us from among our wives and offspring comfort to our eyes and make us an example for the righteous.” Those will be awarded the Chamber for what they patiently endured, and they will be received therein with greetings and [words of] peace.” [25:71-75]
Ya Allah, when the world criticizes me a million times over
Ya Allah, when the world keeps telling me hurtful things
Ya Allah, when the world keeps pushing “ugly” at me.
Give me the courage to hold firm to your Deen. 
Ya Allah, as long as I am beautiful to you, nothing else matters. 
Ya Allah, even when everyone leaves my side, let me take comfort in the fact that
You are closer to me than my jugular vein [50:16]









Sunday, April 1, 2012

My Mario! hehe

11 MARCH 2012 . Tarikh ini sungguh bermakna bagi diriku .hehe. .BUKAN tarikh rasminya bercinta or whatsoever lah kan. Yang penting tarikh ni, aku telah mendapat apa yang aku idamkan selama 3 tahun. MARIO, my sweetheart, sayang gila.! Thank you Allah, Ma, and Abah! :D

SEBAB APA NAMA MARIO?

In case, aku pon tak tahu kenapa aku menamakannya MARIO. Aku rasa cam sesuai jer ngan my dslr ni. Hek2. so, first photoshoot adalah ata kereta. *gmbarnye rahsia otay

Hah yang ni, dah berapa hari dah umo mario, saje je ni,test dslr.ha2




Okay i know there's no me, cause i was 'here' :P