Thursday, April 4, 2013

Pergilah engkau bersama angin

Bukan diri ini mencari kesempurnaan
Bukan diri ini mencari kekayaan
Bukan diri ini mencari ketampanan

Diri ini cuma inginkan yang beragama
Berakhlak

Tiada yang lebih

Kerana diri ini banyak kekurangan
Terasa tidak layak untuk menaruh impian
Mempunyai seorang Imam yang sempurna

Kita tidak pernah berkenalan
Hati ini melonjak untuk mengenalimu
Tetapi itu bukan caranya
Aku tidak seharusnya begini
Istighfar tiada henti dibibir

Kenapa aku boleh terleka sesaat
Terleka dengan akhlakmu
Hinggakan aku memohon doa
Agar kita berjodoh

Bodohkah aku mengharap?
Kenkadang hati benci dengan diri sendiri
Kenapa mesti aku menyukaimu?

Allah, aku berdosa
membenci sesuatu yang fitrah
Cinta adalah fitrah
Yang Engkau kurniakan padaku ya Allah

Engkau yang indah dengan agamu, akhlakmu
Sesungguhnya diri ini terpaut dengan jujur pada dirimu
walaupun pernah terdetik
dan berharap bahawa
engkaulah
Hadi untukku
Hadiku yang membawa ke Jannah

Akan tetapi diri ini
Tidak sempurna
Berbeza berbatu-batu.


Aku hanya mampu berdoa agar engkau didampingi
Zaujjah yang unggul
untuk dirimu yang soleh.






Wednesday, April 3, 2013

Ya Rabb

   Ya Allah. Dengarkanlah aku
ceritaku, aduanku, permasalahanku, kesedihanku
kerana hanya Engkau yang memahami dan mengetahui segala galanya.

 Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim..

Betapa berat dugaan yang engkau curahkan padaku.

Aku hanya gadis yang longgar ikatan talinya.
Aku hanya gadis yang merangkak untuk menjadi Habibah mu.
Aku hanya gadis remaja yang baru ingin mengenali erti kehidupan kesusahan..

Ya Allah

Aku yakin dan sebenar benar yakin..
Hatiku hanya milikmu..

Dulu ikatan kakiku kuat kedua belahnya
namun
diusia ku masih mentah
Engkau putuskan sebelah tali itu

Namun ku redha
Bahawa ini memang ketentuanMu

Maafkan aku Ya Allah
Jika aku merungut
Jika aku bersedih
Jika aku meratapi
Jika aku menyesali
dengan dugaan Mu ini.

Maafkan aku ya Allah..
Aku tidak kuat untuk menunggang kuda
jika tiada orang yang menunggang bersama samaku..
Aku tidak kuat ya Allah untuk memikul segala beban ini berseorangan..
Aku hanya punya abah yang menyokongku..tiada ya Allah..tiada orang lain..
Aku hanya mempunyai seorang adik. yang aku lihat dia menjadi seorang mujahid
Tetapi, sifatnya jauh berbatu berbeza dari aku inginkan

Hari ini
Aku mengetahui perkara yang tidak patut untuk aku tahu
Tapi Engkau maha besar.
Engkau tunjukkan segala galanya hari ini

Betapa hancur luluh hatiku
betapa berteriak hatiku
betapa jantungku bagaikan terhenti..

Kenapa perlu aku tahu perkara ini?
mengapa Ya Allah..


Ya Allah.
Aku yakin Engkau menyayangiku
Engkau berikan aku ujian bertimpal untuk menjadikanku seorang yang tabah.
Yang ikhlas dan redha

Kuatkanlah aku ya Allah.
Kuatkan aku..
Jangan biarkan aku menangisi perkara yng berlalu..
Jngan engkau biarkan hatiku dikotori lagi..
Ya Rabbul Izzati
Aku berserah padaMU
Lapangkan dadaku
Jadikan aku gadis yang Kuat
remaja yang sempurna sewaktu remajanya..

Amin ya Rabbal Alamin

Thursday, February 21, 2013

Hukum memakai tudung menampakkan dada : Haram


Menurut Ustaz Kazim dalam ceramahnya, wanita yang memakai tudung tapi menampakkan dada, lengan dan berpakaian ketat adalah HARAM. Bertudung seperti itu dipanggil Tabarruj (fitnah).


Berikut adalah makna Tabarruj:
Tabarruj ialah mendedahkan kecantikan rupa paras, samada kecantikan itu dibahagian muka atau di anggota-anggota badan. Al Bukhari Rahmatullahi ‘Alaihi ada berkata :

“ Tabarruj, iaitu seseorang wanita yang memperlihatkan kecantikan rupa parasnya.”

sumber: Halaqah


Menurut Ustaz Kazim, bertudung tetapi menampakkan aurat sama hukumnya seperti orang yang tidak bertudung. Ibarat sembanyang 5 waktu, tetapi Subuh tak buat, seperti kita tak sembahyang. Dalam Islam, yang haram tetap haram, dan wajib tetap wajib.


"Sesungguhnya Allah telah mewajibkan beberapa kewajiban, maka jangan kamu sia-siakan dia; dan Allah telah memberikan beberapa batas, maka jangan kamu langgar dia; dan Allah telah mengharamkan sesuatu, maka jangan kamu pertengkarkan dia; dan Allah telah mendiamkan beberapa hal sebagai tanda kasihnya kepada kamu, Dia tidak lupa, maka jangan kamu perbincangkan dia." 
(Riwayat Daraquthni, dihasankan oleh an-Nawawi)

"Rasulullah s.aw. pernah ditanya tentang hukumnya samin, keju dan keledai hutan, maka jawab beliau: Apa yang disebut halal ialah: sesuatu yang Allah halalkan dalam kitabNya; dan yang disebut haram ialah: sesuatu yang Allah haramkan dalam kitabNya; sedang apa yang Ia diamkan, maka dia itu salah satu yang Allah maafkan buat kamu." 
(Riwayat Tarmizi dan lbnu Majah)



Sama-samalah kita berubah kearah kebaikan.