Tuesday, August 7, 2012

Ma . Wait me,we meet in Jannah .

   Semua orang ada mak,Mama,ibu,mummy,ma.  Saya pon ada mak. Tapi saya panggil Ma.

Aku sangat rapat dengan mak aku..kami sahabat, ibu dan anak dan juga seperti kembar.. Mak selalu bela aku, memenuhi apa yang aku impikan, mendidik aku,mengajar aku membaca al-quran. Selalu risaukan kesihatan aku. Kadang2 aku rasa mak aku lebih sayangkan aku daripada adik aku. Aku memang anak mak..Ya Allah,aku tak tahu nak ungkapkan macamana besarnya cinta aku pada mak aku .

Aku tak pernah berpisah dengan mak aku kecuali masa form5 dan sekarang. Terpaksa jugak berpisah sebab nak menuntut ilmu.. Menuntut ilmu kan perlukan pengorbanan.

. Masa tu saya excited sangat sebab dapat tawaran matrik. Masa saya nak berangkat ke kedah(tempat belajar saya) , mak aku sihat, gembira sebab tengok anak dia nak pergi belajar untuk kejar cita2. Masa nak turun dari rumah, aku peluk dia, cium dia. dan begitu juga mak aku. Aku menangis, sedih sebab nak berpisah dengan mak. Padahal kat rumah aku asyik lawan cakap dia je..

Seminggu aku berada di KMK(kolej matrkulasi kedah) , abah aku telefon . 'Bibah, ma CCU ni,', dah 2 hari''. Masa tu aku terkejut, dan mulai resah.. Esokkan hari jugak aku pergi beli tiket untuk balik kelantan.. Masa tu toksah cakap lah fikiran aku tak tenang, dalam fikiran aku ada macam2, 'sapa jaga ma,' 'macam mana plak bleh msuk ccu plak ni.' dan macam2 lagi..sebelum ni mak aku dah masuk ICU.. masa tu 2minggu mak aku koma. Aku masa tu macam orang putus asa. Sedih. Tak sanggup tengok mak aku dengan wayar berselirat, bengkak sana sini.. seminggu kemudian..alhamdulillah mak aku sedar.. lepas tu pindah wad biasa.hampir sebulan jugak aku berkampung kat hospital jaga mak.

Sampai je aku kat kelantan, terus aku ke hospital. Masa tu ma aku tengah tidur. Menangis aku tengok muka mak aku yng pucat dan keletihan.. Macam-macam yang abah aku cerita kat aku semasa ketiadaan aku. mak aku macam kena rasuk, tunjuk2 kat dinding , dan macam2 lagi perkara pelik. Since mak aku pakai wayar pernafasan kat kerongkong dia, so dia tk boleh nak bercakap.. just tulis je.. tu pun adik, abah aku and orang lain tak faham. tapi aku, alhamdulillah , aku faham apa yang mak aku tulis..mungkin chemistry yang kitorang ada... sebab tu Dia macam gembira aku bila aku balik..

2hari lepas tu mak aku dah baik. boleh bercakap, dah boleh sembahyang. alhamdulillah sangat2 masa tu..mak aku selalu mintak aku temankan dia walaupun dalam CCU. Dia suruh aku cerita apa2 je kat dia, aku pon ceritalah life aku kat matrik,dan semua benda yang aku rasa lucu. dia ketawa,aku pun ketawa senang..senang melihat ibu tercinta gembira.

Dah seminggu aku balik kelantan,so kenalah pulang kedah balik . Pagi sebelum aku berangkat ke kedah,, mak aku pesan kat aku, pagi2 sebelum bangkit dari tidur, jangan lekas bangun..tarik nafas dan buat regangan  dulu sikit.baru tubuh rasa segar.  sebenarnya ,itu adalah terapi mak aku yang dokor suruh mak aku buat pagi2. dia kata dia semakin sihat selepas buat terapi tu.
Lepas tu,kami berpelukan, dia kata 'sayang ma jaga kesihatan baik2,makan jangan bnyak sangat.hehe..since aku ni makin gemuk dan semput..ahaha..''aku pon peluk and cium ma aku,begitu jugak mak aku.. Aku pun berangkat dengan tenang dan gembira..

Walaupun berjauhan, aku tak pernah lupa untuk menelefon mak aku,, tapi always mak aku yang call aku, pagi2 sebelum gi kelas, mcm2 dia pesan kat aku, sebelum turun ke kelas baca 'Bismillahitawakaltualallah' .dan aku selalu ingat pesan dia. . kami selalu berhubung dan aku pun dah tak malu nak ucapkan 'MA ,BIBAH SAYANG MA. I love you, muah muah' .part muah muah memang aku gelak.. mak aku pon membalasnya ..bahagianya saat itu..

Lepas tu, mak aku jarang telefon aku dah. Aku pelik, bila aku call dia ,dia tak angkat(masa tu mak pindah ke wad biasa dah) . punyalah susah masa tu aku nak bercakap dengan mak. hinggalah tanggal 6/7/2012 ,jam 6 petang, aku dapat jugak bercakap ngan mak aku.. suara dia lemah sangat masa tu, hati aku memang tak sedap sangat2.. oh ya, sebelum tu, nenek aku suruh aku balik jaga mak (since aku anak sulung) ,adik aku sekolah. abah aku pon tak sihat,.so nenek aku yang jaga mak aku..aku mcam berat hati nak tnggal kelas..sebab aku dah bnyak ketinggalan.. mak aku pon ckp 'bibah tk yah baliklah,bia adik atau tokma je jaga ma' .aku rasa serba salah.. aku nak balik sebenarnya tapi .. . .

6/7 10malam tu, nenek aku telefon aku, 'ma bibah tenat ni, kalau bleh baliklah esok'' .aku tersentak.menangis, nak meraung pon ada. Patutlah suara mak aku petang tu lemah.. tak bermaya..macam malas nak ckap ngn aku..tapi aku tetap tnya khabar dia, dia cakap dia sihat, and dia cakap dia dah bosan dok kat hspital. aku pon bergurau dengan dia , 'ma kena puasa kat hospital lah tahun ni', mak aku pon gelak.. dia pon cakap 'hmm,raya pon kat hospital jgak. ' ... tak smpai sminit pon ckp, mak aku ckp dia letih. aku pon ckp 'ok ma,jaga diri jaga kesihatan,,bibah rindu ma..i love u muahh''..  ''i love you too'' ma aku membalasya dan terus mematikan telefon..

seriously aku ckp, memang haritu aku tk sedap hati..semua benda aku buat tak kena..mungkin petanda ..

7/7/2012 .jam 2pagi abah aku telefon . 'abah nak balik kebumi ma kat besut' .aku macam blurr. dengan suara terketar ketar 'abahh,kenapa ni' .. abah aku balas ' ma dah tak ada dah, '  aku...telefon yang ku pegang erat tadi berderai menyembah bumi.. perasaanku hancur,sedih,aku meraung ,menangis sekuat hati..masa tu kawan sebilik aku, amalina dan ezzati turut menangis bersama sama aku..amalina memeluk erat aku yang longlai.  ..terkilan sebab aku tiada disisi arwah saat2 akhir arwah..andainya aku balik masa nenek aku suruh aku jaga mak aku...aku tak kan menyesal sebegini..

Inalillah wainnailahirojiun..

akhirnya mak aku pergi jua.,tiada lagi penderitaan yang perlu dihadapi olehnya.. tenang dia menghadap sang pencipta.. Aku redha.. Walaupun hatiku hancur berderai..aku hilang tempat mengadu ,hilang tempat untuk mencurah kesedihan, hilang..seperti separuh jiwaku hilang... kehilangan ibu yang tersayang..merupakan tamparan hebat dalam hidup aku..Tiada lagi kasih sayang ibuku yang menghujani diriku,tiada lagi doa ibuku yang sering mengiringi setiap langkah aku..pengorbanan ibu aku selama ni,tak mungkin dapat aku balas..dalam keadaan sakit,masih lagi bekerja untuk mencari sesuap nasi..aku rindu mak aku,rindu kasih sayang ibuku..rindukan seorang yang penyayang..tak mungkin orang lain bleh menggantikan ibuku..

 semoga ibuku ditempatkan dikalangan orang yang beriman .



No comments:

Post a Comment