Menurut Ustaz Kazim dalam ceramahnya, wanita yang memakai tudung tapi menampakkan dada, lengan dan berpakaian ketat adalah HARAM. Bertudung seperti itu dipanggil Tabarruj (fitnah).
Berikut adalah makna Tabarruj:
Tabarruj ialah mendedahkan kecantikan rupa paras, samada kecantikan itu dibahagian muka atau di anggota-anggota badan. Al Bukhari Rahmatullahi ‘Alaihi ada berkata :
“ Tabarruj, iaitu seseorang wanita yang memperlihatkan kecantikan rupa parasnya.”
sumber: Halaqah
Menurut Ustaz Kazim, bertudung tetapi menampakkan aurat sama hukumnya seperti orang yang tidak bertudung. Ibarat sembanyang 5 waktu, tetapi Subuh tak buat, seperti kita tak sembahyang. Dalam Islam, yang haram tetap haram, dan wajib tetap wajib.
"Sesungguhnya Allah telah mewajibkan beberapa kewajiban, maka jangan kamu sia-siakan dia; dan Allah telah memberikan beberapa batas, maka jangan kamu langgar dia; dan Allah telah mengharamkan sesuatu, maka jangan kamu pertengkarkan dia; dan Allah telah mendiamkan beberapa hal sebagai tanda kasihnya kepada kamu, Dia tidak lupa, maka jangan kamu perbincangkan dia."
(Riwayat Daraquthni, dihasankan oleh an-Nawawi)
"Rasulullah s.aw. pernah ditanya tentang hukumnya samin, keju dan keledai hutan, maka jawab beliau: Apa yang disebut halal ialah: sesuatu yang Allah halalkan dalam kitabNya; dan yang disebut haram ialah: sesuatu yang Allah haramkan dalam kitabNya; sedang apa yang Ia diamkan, maka dia itu salah satu yang Allah maafkan buat kamu."
(Riwayat Tarmizi dan lbnu Majah)
sumber: Halal dan Haram Dalam Islam
Sama-samalah kita berubah kearah kebaikan.