Thursday, April 4, 2013

Pergilah engkau bersama angin

Bukan diri ini mencari kesempurnaan
Bukan diri ini mencari kekayaan
Bukan diri ini mencari ketampanan

Diri ini cuma inginkan yang beragama
Berakhlak

Tiada yang lebih

Kerana diri ini banyak kekurangan
Terasa tidak layak untuk menaruh impian
Mempunyai seorang Imam yang sempurna

Kita tidak pernah berkenalan
Hati ini melonjak untuk mengenalimu
Tetapi itu bukan caranya
Aku tidak seharusnya begini
Istighfar tiada henti dibibir

Kenapa aku boleh terleka sesaat
Terleka dengan akhlakmu
Hinggakan aku memohon doa
Agar kita berjodoh

Bodohkah aku mengharap?
Kenkadang hati benci dengan diri sendiri
Kenapa mesti aku menyukaimu?

Allah, aku berdosa
membenci sesuatu yang fitrah
Cinta adalah fitrah
Yang Engkau kurniakan padaku ya Allah

Engkau yang indah dengan agamu, akhlakmu
Sesungguhnya diri ini terpaut dengan jujur pada dirimu
walaupun pernah terdetik
dan berharap bahawa
engkaulah
Hadi untukku
Hadiku yang membawa ke Jannah

Akan tetapi diri ini
Tidak sempurna
Berbeza berbatu-batu.


Aku hanya mampu berdoa agar engkau didampingi
Zaujjah yang unggul
untuk dirimu yang soleh.






Wednesday, April 3, 2013

Ya Rabb

   Ya Allah. Dengarkanlah aku
ceritaku, aduanku, permasalahanku, kesedihanku
kerana hanya Engkau yang memahami dan mengetahui segala galanya.

 Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim..

Betapa berat dugaan yang engkau curahkan padaku.

Aku hanya gadis yang longgar ikatan talinya.
Aku hanya gadis yang merangkak untuk menjadi Habibah mu.
Aku hanya gadis remaja yang baru ingin mengenali erti kehidupan kesusahan..

Ya Allah

Aku yakin dan sebenar benar yakin..
Hatiku hanya milikmu..

Dulu ikatan kakiku kuat kedua belahnya
namun
diusia ku masih mentah
Engkau putuskan sebelah tali itu

Namun ku redha
Bahawa ini memang ketentuanMu

Maafkan aku Ya Allah
Jika aku merungut
Jika aku bersedih
Jika aku meratapi
Jika aku menyesali
dengan dugaan Mu ini.

Maafkan aku ya Allah..
Aku tidak kuat untuk menunggang kuda
jika tiada orang yang menunggang bersama samaku..
Aku tidak kuat ya Allah untuk memikul segala beban ini berseorangan..
Aku hanya punya abah yang menyokongku..tiada ya Allah..tiada orang lain..
Aku hanya mempunyai seorang adik. yang aku lihat dia menjadi seorang mujahid
Tetapi, sifatnya jauh berbatu berbeza dari aku inginkan

Hari ini
Aku mengetahui perkara yang tidak patut untuk aku tahu
Tapi Engkau maha besar.
Engkau tunjukkan segala galanya hari ini

Betapa hancur luluh hatiku
betapa berteriak hatiku
betapa jantungku bagaikan terhenti..

Kenapa perlu aku tahu perkara ini?
mengapa Ya Allah..


Ya Allah.
Aku yakin Engkau menyayangiku
Engkau berikan aku ujian bertimpal untuk menjadikanku seorang yang tabah.
Yang ikhlas dan redha

Kuatkanlah aku ya Allah.
Kuatkan aku..
Jangan biarkan aku menangisi perkara yng berlalu..
Jngan engkau biarkan hatiku dikotori lagi..
Ya Rabbul Izzati
Aku berserah padaMU
Lapangkan dadaku
Jadikan aku gadis yang Kuat
remaja yang sempurna sewaktu remajanya..

Amin ya Rabbal Alamin

Thursday, February 21, 2013

Hukum memakai tudung menampakkan dada : Haram


Menurut Ustaz Kazim dalam ceramahnya, wanita yang memakai tudung tapi menampakkan dada, lengan dan berpakaian ketat adalah HARAM. Bertudung seperti itu dipanggil Tabarruj (fitnah).


Berikut adalah makna Tabarruj:
Tabarruj ialah mendedahkan kecantikan rupa paras, samada kecantikan itu dibahagian muka atau di anggota-anggota badan. Al Bukhari Rahmatullahi ‘Alaihi ada berkata :

“ Tabarruj, iaitu seseorang wanita yang memperlihatkan kecantikan rupa parasnya.”

sumber: Halaqah


Menurut Ustaz Kazim, bertudung tetapi menampakkan aurat sama hukumnya seperti orang yang tidak bertudung. Ibarat sembanyang 5 waktu, tetapi Subuh tak buat, seperti kita tak sembahyang. Dalam Islam, yang haram tetap haram, dan wajib tetap wajib.


"Sesungguhnya Allah telah mewajibkan beberapa kewajiban, maka jangan kamu sia-siakan dia; dan Allah telah memberikan beberapa batas, maka jangan kamu langgar dia; dan Allah telah mengharamkan sesuatu, maka jangan kamu pertengkarkan dia; dan Allah telah mendiamkan beberapa hal sebagai tanda kasihnya kepada kamu, Dia tidak lupa, maka jangan kamu perbincangkan dia." 
(Riwayat Daraquthni, dihasankan oleh an-Nawawi)

"Rasulullah s.aw. pernah ditanya tentang hukumnya samin, keju dan keledai hutan, maka jawab beliau: Apa yang disebut halal ialah: sesuatu yang Allah halalkan dalam kitabNya; dan yang disebut haram ialah: sesuatu yang Allah haramkan dalam kitabNya; sedang apa yang Ia diamkan, maka dia itu salah satu yang Allah maafkan buat kamu." 
(Riwayat Tarmizi dan lbnu Majah)



Sama-samalah kita berubah kearah kebaikan. 

Saturday, October 13, 2012

Unique ke

Pernah tak korang rasa diri korang ni pelik ke unik ke? ?
 Orang kata pelik. tapi kita rasa unik?

Unik ke? 

LOL

Aku ada treasure hunt diri aku sendiri untuk cari keunikan itu. Cuba compare dengan orang, apa nye yang unik tentang diri aku. 

Unik ni boleh terbahagi kepada 2 aspek kot. Bagi aku lah

UNIK FIZIKAL DAN UNIK PERSONALITI

eh eh betul ke teori aku ni?

Ok ignore

Sometime, kita tengok seseorang tu macam tak suka pakai selipar. Jalan pun kaki ayam. So korang akan describe dia tu PELIK atau unik?
wakakka

bagi aku,
dia kurang magnesium

Aku pun mencari cari keunikan aku.. Aku tak cari.. tapi ada seorang hamba Allah ini telah mendescribedkan tentang keunikan appearance aku.. 

One day, aku pergi ke rumah kak limah(bukan nama sebenar) , dia supposed mengurut kaki aku,(masa tu kaki aku terpeliok) , dia pun urut kaki, then sampai jari jemari aku.. then, dia ckp 'comelnya jari awok' , aku: bakpo? dia: sebab kecik2 panjang, maksud dia, kuku aku yang kecik, jari panjang. aku:oooh,, hhaha..senyum sahaja dia:jari macam ni, biasanya orang kreatif. aku; ??? kreatif.. YA kreatif dan inovatif sangat dalam menconteng buku.  
Tulah kot keunikan fizikal aku.. AHAHHA.. (statement mintak penampar.)

Aku suka BAU minyak yuyee, bau kedai roti, bau minyak petrol, bau nasi hangit dan bau kucing.. 

Ini uniklah 
........ :P




Friday, October 12, 2012

Due of stress

   AAaaaaaa exam semakin menghampiri, akan tetapi diriku masih lagi macam err, macam orang yang tak sedar diri. hmpph! Tahu exam dah dekat , tahu, ala nanti-nanti lah buat revision, nanti-nanti lah study . Ini dikatakan orang yang lupa daratan :\ k Fain , saya nak start dah ni. tetttt.. tak sampai 5 minit , 'kroohhhhh',, ''' . Pernah ke orang lain macam ni? Aku rasa macam aku je yang menghadapi kejadian abnormal ini . Tengok kawan2 lain, struggle, study gila-gila-gila .

Aku .....

Ok, dah bukak buku ni

Obviously, aku suka SANGAT study last menet . Benci. Sebab awal-awal, kesedaran tu tak ada. 

Kadang-kadang memang benci diri sendiri

Tapi aku cuba untuk tenangkan fikiran, lapangkan hati. 

Dekatkan diri kepada Allah S.W.T adalah jalan terbaik.

Semakin berganjak usia aku, 
semakin banyak cabaran aku hadapi

UPSR
PMR
SPM
MATRIK?

...
...

...
.
.
.
.

Allah, sepanjang aku di matrikulasi lah, banyak dugaan yang aku terima

masa kat matrik ni jugaklah aku malas belajar

kenapa?

ALLAH KNOWS BETTER

dan kita sebagai muslim, jangan lupa untuk berdoa kepadaNYA, agar ditetapkan iman, dan dpermudahkan urusan, , Allah sentiasa membantu


Monday, October 8, 2012

Fat & Slim

   Al-kisahnya nak ceghite lah sikit macamana daripada 50KG turned to 66 Kg? ommai, it is so suprising me.. Yelah, tak pelik and tak sedih ke bila semua orang di sekeliling hang dok cakap hang gemuk. Huaaa.. Ini semua terjadi selepasnya 'kemerdekaan' sementara iaitu selepas SPM. Aku dok rumah bina badan sahaaaja. kawan2 aku rata2 nya kerja. aku jelah terperuk kat rumah mengahadap Televizion . Aku habis cara dah kot nak slim balik. aececeehh. dulu masa skolah aku aktif skit, sekarang dah duk matrik cuba untuk bergiat aktif sebab nak dpatkan 50kg semula. Semua baju aku dulu boleh diberi kepada orang yang kurus.

  Mungkin ini adalah impak aku suka makan CHEESE CAKE macam tak hengat.

  Mungkin juga aku kurang senaman dan selalu melantak

  Mungkin juga aku selalu dok cakap 'NAK GEMUK'

haa amikau ,dah obesiti pon. warghhhhhhh :'':

Sekarang catuan nasi pon telah diseparuhkan.

Makan dua kali sehari

Berjalan, jangan naik lif

Berbasikal ( tak boleh) sebab dilarang keras oleh cikgu bio saya :p



seriously ,kalau tengok gmbar2 yang kurus dlu2, rasa nak menangis.. aarghh... 

sekarang (scroll kebawah) GEMUK kan.. muka jadi bulat.lalala..


uarrrrgghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.. nak kurus balekkkkkkkkkkkkk! T..T (emoing)

with abah. and saya semasa ini gemuk :P

well, i will loose my weight , kay see sahajalah... yeah KURUS KURUS KURUS.. ahahaa


Super Girls!

   Miaheehehe. title macam asdghjkl skit. ya err.. hmpph.. Ni kira panggilan untuk budak2 kelas aku becos kelas saya semuanya PEREMPUAN cheq. 14 gadis2 shomel (termasuk saya) ahak , adalah gadis yang tegar.acecech,,(ayat takleh blah) . Only kedah-ian and kelantanese girls otay. so, percampuran bahasa sudah menjadi ABC. 4 gadis dari kelantan ini kira menjadi tenaga pengajar bahasa kelantan secara tidak resmi nye . Yea, aku suka bila orang tanya bahasa kelate ambo nih.  Eh even saya anak kelahiran selangor, tapi ayah saya orang kelantan. saya agak bangga sikit disitu. Miahaaha, \o/ .

 Wlaupun aku ni adalah pendatang baru 3bulan dalam kelas K4S3T1A ni, tapi kira ngam lah ngan diorang, .even memula aku macam pendiam skit..gagagaga. kini Kira mcam rapat seperti  sepit ketam . Mungkin nanti aku rindu lah kelas ni. First time aku rasa macam dok dalam convent. yeahh. suka sangat bila ALL GIRLS. mioww.



Ya, 14 gadis ini mempunya tekad dan azam untuk menggapai bintang.(agak hiperbola) , tekad untuk mencapai impian. 4FLAT for pspm. Well, tiada yang mustahil.

Walau aku kena marah teruk dengan SIR MASKed spRider , tapi diorang selalu bagi semangat untuk aku, back up aku. Sir maki aku ke, diorang tetap pujuk aku . Aku terharu . uhauhauah.

Thanks for being my awesome friends in matriced. Once we friend, forever we friend! 

Jannah, Wani, Lina, Eifa, Mira, Dalila, Bella, Syiqin, Ito, Diana, Linda, Baya, Thirah, we friend till jannah! Insyaallah! Keep Aiming High! Keep on moving! :D 


With love,
habibah



Maaf entry ni mcm asdghjkl. saya ketandusan idea